BATIK BLOK

 

Batik block is one of the better-known traditional crafts of Malaysia. A process of wax printing and dyeing produces it. It is believed that batik history in Malaysia began in the 15th century and was rapidly developed in the 1930s until the end of World War II and it stated in Kelantan and Terengganu. The locally produced batik cloths are of high quality in terms of design and pattern. 

 

This reflection of the skillfulness of the local craftsmen whose creativity is very much admired.

 

There are several ways to produced batik. One of them is Batik block or is known as Batik Terap. In the early batik history, the blocks were made from wood, which was carved according to the design, which is used to apply or imprint a kind of natural block dye. 

 

This technique is called Terap Hitam. In the 1930s, the batik producer from the East Cost introduced the use of wax in batik making. The producer slowly replaced the wooden block with metal blocks made from zinc, tin or copper strips. These metal blocks can produce quality design and intricate motifs. 

 

A special block is made to print different portions of the cloth such as Kepala Kain (center panel), Kapit Kain and Badan Kain (the main part of the batik cloth).

 

 

BATIK CANTING

 

Batik canting or hand-drawn batik is a unique and creative handicraft made by local batik artisans. While several techniques and processes can be used to make batik, batik canting is the preferred technique and is also popular among buyers.

 

To create batik canting, the cloth is must first be stretched taut on a purpose-built stretcher; the surface of the cloth must be kept taut and flat to facilitate the waxing process. The common types of cloth used include silk jacquard, crepe de Chine, cotton voile and rayon. 

 

A mixture of wax and resin (damar) is heated until it melts; a little coconut oil is added to the wax mixture to avoid the wax from being too brittle. This molten wax is then applied freehand onto the cloth using the canting, a pen-like spouted waxing implement. Scrap cloths are used to wipe away excess wax from the spout; this avoids unwanted wax drips.

 

The waxed motifs and patterns are the outlines, which will separate the different coloured areas; the wax acts as a resistor barrier, which repels water-based dyes. Larger or thicker lines are waxed in using brushes. The waxing process (mencanting) continues until the whole design has been waxed.

 

The different waxed sections are then coloured in by hand, allowing for subtle colour gradations and blends. Chemical dyes are used; this process requires skill and creativity on the part of the artisan. The dyed cloth is then left to dry before the dyes are soaked in a sodium silicate solution for 8 to 12 hours; the sodium silicate solution acts as a fixer that permanently binds the dyes to the cloth. Next, the cloth is rinsed clean.

 

 

The cloth then is boiled in a solution of hot water and soda ash to remove all the wax. It is then washed thoroughly and rinsed in clean water before it is line-dried.

 

...............................................................................................

 

BATIK BLOK

 

Batik blok dikenali juga sebagai batik terap atau batik pukul yang merupakan salah satu daripada perusahaan seni kraftangan tradisional yang terkenal di Malaysia.  Sejarah perkembangan batik di negara ini dipercayai bermula sejak abad ke 15 Masihi dan terus berkembang terutamanya selepas tamat perang Dunia Kedua.  Pengusaha batik di Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada perkembangan batik di negara ini.  Batik keluaran tempatan, tinggi mutu ciptaan dan reka coraknya yang mempamerkan  kemahiran dan kehalusan kerja tangan tukang-tukang batik setempat.

 

Di Malaysia batik dihasilkan menggunakan beberapa teknik, proses dan gaya tertentu dan di antara teknik yang terawal digunakan ialah batik blok.  Proses menghasilkan batik blok memerlukan peralatan utama yang dikenali sebagai acuan atau sarang bunga yang diperbuat daripada kayu.  Acuan atau sarang bunga ini dicelup ke dalam warna hitam dan teknik ini dikenali sebagai Terap Hitam.  Pada tahun 1930an, penggunaan lilin dalam proses menerap mula diperkenalkan oleh pembuat batik di Pantai Timur.  Pembuat blok batik mula menggunakan kepingan  keluli seperti besi dan tembaga untuk membuat sarang bunga.  Reka corak acuan yang diperbuat daripada keluli ini lebih kemas dan halus.  Setiap acuan mempunyai reka corak yang berlainan bagi  menimbulkan kesan ragam hias yang lebih elok dan menarik. 

 

 

Pengusaha batik blok di Kelantan dan Terengganu memberi cerapan  baru kepada seni kemahiran warisan ini.  Batik  blok diterap di atas pelbagai jenis kain seperti sutera dan organza yang bukan sahaja cantik dijadikan kain sarung tetapi juga sebagai kelengkapan dan perhiasan rumah di samping  mengekalkan ciri-ciri tradisional.

 

 

BATIK CANTING

 

Batik Canting melambangkan satu kemahiran kerja tangan yang unik dan kreatif di kalangan tukang-tukang batik tempatan. Kegiatan ini diusahakan secara komersil pada tahun 1960an.  Terdapat beberapa teknik dan proses membuat batik; batik canting adalah teknik membatik yang begitu popular serta diminati.

 

Proses membuat batik canting bermula dengan membentangkan sehelai kain putih yang ditegangkan pada pemidang kayu.  Permukaan kain hendaklah tegang dan rata supaya proses melukis batik boleh dilakukan dengan mudah. Di antara  kain yang sering digunakan seperti  kain kapas voile, rayon, sutera jacquard dan   sutera crepe. 

 

Lilin dan damar dicampur kemudian dipanaskan sehingga cair.  Lilin cair dicampur dengan sedikit minyak masak supaya ianya tidak mudah pecah atau retak.  Canting digunakan untuk melakar lilin cair di atas permukaan kain putih menghasilkan reka corak motif   

Cebisan kain perca digunakan untuk menyapu lebihan lilin pada muncung canting supaya tidak menitik.  Lakaran ini akan membentuk corak dan motif di samping menghalang bahan pewarna daripada meresap dan bercampur ke kawasan lilin.  Proses ini dilakukan sehingga semua garisan lakaran siap diconteng.  Untuk menghasilkan garisan yang besar atau kasar, lilin disapu dengan menggunakan berus. 

 

Bahan pewarna disapukan pada motif batik mengikut daya kreativiti pelukis batik.  Kain yang telah siap diwarna dibiarkan sehingga kering.  Setelah kering, kain direndam selama 8 - 12 jam di dalam cecair sodium silicate untuk mengekalkan 

warnanya. Kemudian kain dicuci dengan air bersih.

 

 

Kain direbus di dalam air panas yang dicampur dengan sedikit bahan serbuk soda bagi menanggalkan kesan-kesan lilin kemudian dicuci dan dibilas di dalam air bersih sebelum dijemur sehingga kering.